:)

:)

Monday 2 April 2012

Terbangnya Mereka ke Bumi Sakura


...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ..

..Bismillahirrahmanirrahim.. 

Alhamdulillah..semalam, sahabat2 dari program Kumpulan Teknikal Jepun (KTJ) telah pun selamat berangkat dan terbang ke Jepun..syukur Allah memberi kesempatan buat diri ini dan sahabat2 ALiS^crew yang lain untuk menghantar mereka ke KLIA dgn menaiki bas INTEC. :)

Perasaan sedih dan gembira bercampur-baur..sedih kerana bakal berpisah lama dengan sahabat2 yang sangat2 bnyk memberi tauladan buat diri, malah sangat bnyk membantu dalam gerak kerja ALiS^crew dan i-PROKHAS..namun,,diri ini yakin perginya mereka pasti sudah direncana baik oleh Allah untuk mereka memantapkan pengisian jiwa dengan luasnya ilmu Allah di bumi sakura sana..insyaAllah~

Tidak pernah terlintas di hati ini bahawa perkenalan ringkas dan singkat yang bermula di i-PROKHAS,,kemudiannya mnjadi lebih akrab di masjid al-Hidayah bersempena sambutan Maulidurrasul, dan kemudian ukhuwah tersebut semakin mekar apabila diizinkan Allah untuk sama2 mnjd pembntu fasi dalam i-PROKHAS yang seterusnya..alhamdulillah..

Perkenalan dan ukhuwah bersama kalian bukanlah suatu ikatan persahabatan yang biasa-biasa..ia mengandungi begitu banyak 'ibrah dan pengajaran..jazakumullah sahabat, kerana sentiasa menjadi sumber kekuatan..insyaAllah..kenangan bersama kalian tidak akan pernah luput dari ingatan dan hati kami di sini..mohon Allah mengizinkan untuk kita bersua kembali,,untuk meneruskan legasi dakwah..yang menjadi tanggungjawab kita bersama..ameenn ya Kareemmm~~

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila salah satu daripada anggota tubuh berasa sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh terasa akan kesakitannya.” (Hadis riwayat Muslim)


Terima kasih maz sbb sudi bg umi hadiah ni,,uhibbuki fillah..insyaAllah.. :')

Buat sahabat2 ktj,,moga Allah pelihara nikmat iman dan islam dalam jiwa kalian..tuntutlah ilmu sebaiknya..doakan diri ini najah..dalam interview yang semakin hampir..juga dalam A-LEVEL yang bakal menjelang 37 hari lagi..Allah..kurniakan kami kekuatan..amiin...


4 comments: