:)

:)

Monday 18 March 2013

Future Muslimah Doctor


...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim..  

"2010-2013"
-Dan moga sehingga ke syurga Allah. InshaaAllah-


Menghayati Kematian Memberi Keinsafan


...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim.. 


Innalillaahi wainna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fu'anhu.
Al-Fatihah buat senior SEMESTI IMan ShaFiq Abd RahMan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.. Semoga Allah rahmati pemergiannya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya menerima dua berita kematian dalam masa seminggu, ia sangat-sangat memberi kesan yang mendalam pada jiwa da...n akal. Tambahan pula, kematian itu terjadi pada hamba Allah yang masih muda dan boleh dikatakan pernah dikenali dalam masa yang agak lama. Seorang senior SEMESTI yang sekarang berumur 25 tahun, dan seorang lagi ialah senior INTEC yang berumur 22 tahun. Kedua-duanya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan.

Dan aku, berumur 21 tahun, masih di sini, masih diizinkan oleh Allah untuk hidup. Tetapi masih leka dengan dunia, masih lalai dengan hiburan, masih kurang sumbangan dakwah.

Ya Allah, aku tahu pasti ada hikmahnya Engkau memanggil kedua-dua insan ini pergi pada usia yang muda. Mungkin kerana Engkau lebih sayangkan mereka, mungkin kerana tidak mahu mereka berpaling dari hidayahMU, dan mungkin sahaja kerana ingin menyedarkan kami yang masih diberikan peluang olehMU untuk bernafas hingga ke saat ini.

Ya Allah, izinkanlah kami untuk teguh beriman kepadaMU. Berikanlah kami kekuatan untuk terus tunduk kepadaMU. Tetapkanlah hati kami ini yang sering berbolak-balik dalam mentaatiMU. Jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa mentaati dan berbakti kepada ibu bapa. Kuatkan iman kami untuk sentiasa menutup aurat dan pergaulan. Izinkan kami untuk menjaga hablumminaAllah wa hamblumminannas. Kami mohon ya Allah, peliharalah iman dan taqwa kami terutamanya pada usia remaja kami ini. Ameen..Ya Rabbal 'alamiin..