:)

:)

Sunday, 28 October 2012

Aidil Adha 1433H


...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim.. 


Alhamdulillah,, semua umat islam sudah pun meraikan Hari Raya Haji atau Aidil Adha pada 10 Zulhijjah, hari jumaat yg lalu.. Tenang je hati bila bertakbir bersama keluarga di rumah dan lebih special lg rasanya bila bertakbir dgn jemaah kat masjid selama 3 hari ini.. Seperti yg diketahui kita sunat bertakbir hingga selepas waktu asar hari terakhir hari Tasyriq.. jd mknanya smpi lps asar esok, berakhir lah sudah kita bertakbir utk aidil adha thn ini.. sedih pulak rasa.

Si kecik Akyas spoil tidur di pg raya aidil adha. -_-

Tggl dua org je anak2 mak ayah yg belum kahwin.hehe.


Tahun ni aidil adha disambut dgn penambahan seorg ahli keluarga yg bru.. x lain x bukan suami kpd kak haryati @ kakbo iaitu abg syawal.. :) Alhamdulillah..pagi raya tu semua adik beradik dan ipar duai ada kecuali family kakti. sebab thn ni turn kakti beraya di subang :) meriah dan gembira sgt dpt makan juadah raya yg mak masak. sedap sgt. lg 2.5 thn duk kat UK (inshaaAllah), mst raya haji xdpt balik msia kn. so mst xdpt mkn2 ngan keluarga mcm ni dah..down.mcm syidah yg beraya di india thn ni. :) sabar ye syidah..:) hehe..xpela..nk g belajar kn..kena berkorban skit. nk jd doctor muslimah yg cemerlang kena kuat hati dan kuat jiwa. Kalau pun ada perkara sedih yang menguji, kena cepat2 UP lepas dh DOWN untuk seketika. Sedih itu lumrah dan fitrah manusia. Tapi ianya normal untuk hanya seketika, bukannya melarat sampai x jd kerja. Sebab apa? sebab setiap benda yang jadi tu PASTI dan TENTU ada hikmah yg Allah selitkan disebaliknya. inshaaAllah~ ^_^

Moga2 aidiladha kali ini lebih mengajar kita tntg pentingnya sebuah pengorbanan. Tidak kira sama ada pengorbanan mak ayah utk kita, pengorbanan kita untuk menuntut ilmu, malah pengorbanan keseronokan dunia utk kebahagiaan akhirat. Jom sama2 janji dgn diri sendiri utk sentiasa mencuba perbaiki diri xkira sama ada suasana di sekeliling kita menggalakkan atau tidak. Sebab apa? sebab perubahan dan penambahbaikan ini kita lakukan demi manfaat diri kita sendiri, bkn utk org lain. jom sama2 kita pujuk hati kita bahawa kita kena kuat dan xboleh asyik nk tggu ada org sentiasa pantau, baru kita nk renovate hati kita. 

InshaaAllah,, moga Allah lihat usaha kita ini walaupun cuma sekecil2 perubahan contohnya terus bangun ambil wudhu' dan tunaikan solat bila azan berkumandang. InshaaAllah ini peringatan utk semua termasuk lah diri sendiri yang menulis ni. Sebab benda ni nmpk sgt lah simple tapi x semua org mmpu lakukan. X semua org mmpu KORBAN kan waktu utk tidur, menonton tv@laptop dan sebagainya. Allah..Naudzubillahimindzalik..

Apepun entri ini sekadar perkongsian dan peringatan..Macam saudari Hayati yg merupakan salah seorg shbt yg sy kenali di INTEC kata,, sgt berharap jika ada salah silap yg diri ini lakukan, mohon di tegur dan diperbetulkan..syukran wa jazakumullah :) ok..sampai di sini dahulu..

P/S : Setelah sekian lama xdgr lagu Maha Melihat (Opick ft Amanda), pg td bila dgr, Allah..tenangnya rasa di hati..Subhanallah wa MasyaAllah.. terima kasih kpd housemateku Eeda yg bgtau psl lgu ni dulu.. :) wslm.

No comments:

Post a Comment