:)

:)

Monday, 18 March 2013

Future Muslimah Doctor


...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim..  

"2010-2013"
-Dan moga sehingga ke syurga Allah. InshaaAllah-


Menghayati Kematian Memberi Keinsafan


...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim.. 


Innalillaahi wainna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fu'anhu.
Al-Fatihah buat senior SEMESTI IMan ShaFiq Abd RahMan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.. Semoga Allah rahmati pemergiannya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya menerima dua berita kematian dalam masa seminggu, ia sangat-sangat memberi kesan yang mendalam pada jiwa da...n akal. Tambahan pula, kematian itu terjadi pada hamba Allah yang masih muda dan boleh dikatakan pernah dikenali dalam masa yang agak lama. Seorang senior SEMESTI yang sekarang berumur 25 tahun, dan seorang lagi ialah senior INTEC yang berumur 22 tahun. Kedua-duanya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan.

Dan aku, berumur 21 tahun, masih di sini, masih diizinkan oleh Allah untuk hidup. Tetapi masih leka dengan dunia, masih lalai dengan hiburan, masih kurang sumbangan dakwah.

Ya Allah, aku tahu pasti ada hikmahnya Engkau memanggil kedua-dua insan ini pergi pada usia yang muda. Mungkin kerana Engkau lebih sayangkan mereka, mungkin kerana tidak mahu mereka berpaling dari hidayahMU, dan mungkin sahaja kerana ingin menyedarkan kami yang masih diberikan peluang olehMU untuk bernafas hingga ke saat ini.

Ya Allah, izinkanlah kami untuk teguh beriman kepadaMU. Berikanlah kami kekuatan untuk terus tunduk kepadaMU. Tetapkanlah hati kami ini yang sering berbolak-balik dalam mentaatiMU. Jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa mentaati dan berbakti kepada ibu bapa. Kuatkan iman kami untuk sentiasa menutup aurat dan pergaulan. Izinkan kami untuk menjaga hablumminaAllah wa hamblumminannas. Kami mohon ya Allah, peliharalah iman dan taqwa kami terutamanya pada usia remaja kami ini. Ameen..Ya Rabbal 'alamiin..

Wednesday, 16 January 2013

Imam Al-Ghazali's Analogy



...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim.. 



Imam Ghazali tells a story of a man walking in the jungle. A roaring lion ran towards him and the man ran as fast as he could to escape from it. He noticed a well in front of him and he jumped inside hoping to escape from the lion.

As he was falling inside the well, he grabbed onto the rope and saved himself. The man was so relieved but when he looked down he saw a big snake at the bottom of the well. It had its jaws wide open ready to swallow him up.

The man then looked up and saw two mice nibbling at the rope. A black mouse and a white were both chewing into the rope. The scary lion was still prowling outside the well.

The man's heart was pounding as he wondered how he could escape from this. Then he noticed a honeycomb in front of him which had delicious honey dripping from it. He stuck his finger into the honey and put it inside his mouth. It was delicious and for a moment he forgot about the lion, the snake and the two mice chewing at the rope.

Imam Ghazali explained that the lion is like the angel of death which is always looming above us. The snake was like his grave which all humans will face. The black mouse and white mouse were like the day and night which is always nibbling at our life (the rope). The honey was like this dunya and with its sweetness makes us forget the purpose of our life and the reality of death.



Allahuakbar.. :'(


source : facebook

Friday, 4 January 2013

Put Our Trust in HIM




...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim.. 

::pic dapat dari fb::

Tuesday, 1 January 2013

Salam Tahun 2013



...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...

..Bismillahirrahmanirrahim.. 



"Allah memerintahkan nabi Musa mengetuk laut dengan tongkat untuk membelah lautan bagi menyelamatkan nabi Musa dan pengikutnya... Allah juga menyuruh Maryam menggoncang pohon tamar bagi mendapatkan kurma untuk memudahkan Maryam bersalin... Adakah bererti Allah itu tidak mampu membelah lautan dan menggugurkan tamar tanpa bantuan nabi Musa dan Maryam? Jelas Allah menyuruh kita berUSAHA terlebih dahulu dan kemudian Allah yang menentukan hasilnya... Jadi, JANGAN pernah berharap yang sesuatu itu akan berhasil hanya dengan berdoa.Tetapi sertai lah dengan ikhtiar dan tawakkal yang tinggi, inshaaAllah.."